COUPLE ALAM MAYA

Pasangan-pasangan couple di facebook, twitter, dan yang setaraf dengannya :- -
Terang-terang ambil gambar bersama - jelas-jelas letakkan gambar dating bersama di khalayak ramai.
- set relationship bagai (kejap engaged, kejap single, kejap married *sedangkan married pun belum lagi) - dipelopori ikon-ikon remaja dengan followers puluhan ribu di facebook, tidak segan-silu memaparkan gambar-gambar kemesraan bagai untuk minta doa dan pujian ramai. Sebenarnya MEREKA TAK FAHAM. Nampak seperti nak tunjuk pada orang. Tapi HAKIKATNYA! MEREKA TUNJUK PADA ALLAH SUPAYA TENGOK!. Seolah-olah mencabar kekuasaan Allah: "Wahai Tuhan! Nah, tengoklah gambar kami bersama ni. Kami tak takut pada azab-MU pun! Tak kena petir pun! Dapat like dan doa orang ramai lagi ada la!" Bila dah 'cabar' Tuhan begitu sekali, tunggulah balasannya. Balasan Allah ada yang datang sekelip mata, ada yang datang di hari tua, ada yang ditunda untuk digandakan hukumannya di akhirat kelak. Balasan awal Allah berupa putus cinta.

Selalu orang lepas clash akan tanya soalan, "Kenapa jadi begini, kenapa dan kenapa..bla bla..". Baik, ni sebabnya anda putus cinta:-
 1. Allah tak redha. (mungkin banyak sangat buat dosa bila berdua)
 2. Allah sedia yang lebih baik. (Allah tahu orang yang bersama dengan kamu tu tak boleh guide kamu pun mungkin) 
3. Allah benci orang bermaksiat. 
4. Allah Maha Mengetahui masa depanmu
5. Takdir. (dah tersurat dia bukan untuk kamu sampai kiamat) Jangan cabar Allah.


UNTUK ADIK-ADIK!

Ingat sayang.. sis baby bagi peringatan sama mcm nasihat seorang kakak kepada seorang adik, seorang sahabat kepada seorang sahabat, seorang adik kepada kakak/abang.. dan juga kepada diri sendiri.. 

BUAT ADIK-ADIK..
tak perlu bercinta di usia muda sayang... merugikan masa, duit.. 
sis baby pun pernah bercinta usia muda, bila fikirkan balik, BODOHNYA AKU! semua janji palsu. seronok sebentar, selamanya perit dan sakit.. 
pelbagai janji, taburan sumpah setia.. last2 sekali HAMPEH kn? tak dapek den nk nolongnyaa.
kalau benar seorang lelaki sukakan kita, apa lagi masuk lah minang kan ^^ 
hehehe. 
SUKA?LIKE JE ^^ TAKSUKA LIKE? KOMEN . HIKHIK

0 comments:

TERIMA KASIH BACE STORY ORIGINAL CIK BABY :)